Sejarah PGVTM

Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik Malaysia telah ditubuhkan pada 27 April 2006 di Hotel Emperor, Melaka . Idea ini terhasil dari resolusi mesyuarat ketua-ketua Bengkel zon tengah dan zon selatan yang dihadiri oleh seramai 113 orang ketua Bengkel.

Cadangan penubuhan ini adalah berasaskan memperjuangkan kebajikan guru-guru vokasional dan teknik di Malaysia, ini adalah kerana tiada satu pun persatuan guru yang dapat membela kedudukan guru dan system pendidikan vokasional. Isu-isu berkaitan sekolah vokasional dan teknik yang tidak dapat disuarakan, seperti isu elaun kritikal, beban tugas guru bengkel, hala tuju pendidikan vokasional, kebajikan guru berkaitan pertukaran, keselamatan semasa bertugas dan sebagainya.

Diatas kesedaran inilah , ketua-ketua bengkel SMV /SMT mengesyorkan resolusi penubuhan PGVTM.

Serentak dengan itu mesyuarat jawatankuasa penaja telah diadakan dan meluluskan perlantikan ahli jawatankuasa penaja. Ahli-ahli mesyuarat telah memberi mandat kepada JK ini untuk menguruskan pendaftaran PGVTM secepat mungkin.

 

PGVTM juga telah melantik Dato’ Dr. Hj. Mohamad Satim Bin Diman, ADUN Sri Serdang merangkap Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai Penasihat Penaja PGVTM bermula pada 1 Disember 2006.

Setelah menempuhi perit dan getir berurusan dengan pendaftar pertubuhan, akhirnya pada 9 Julai 2008 PGVTM telah diluluskan dengan nombor pendafataran 1194-08-SEL. Untuk sementara waktu PGVTM telah menggunakan SMT Kajang sebagai alamat pengurusannya.

PGVTM telah mendapat sokongan yang padu dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Teknikal) Yg. Bhg. Dato’ Hj Yusoff Bin Harun. Beliau berharap PGVTM akan menjadi wadah yang betul untuk memperjuangkan kebajikan dan mertabat guru-guru vokasional dan teknik serta menyokong Jabatan Pendidikan Teknik melaksanakan sebarang program pembaharuan pendidikan vokasional.

Setelah mendapat kelulusan, PGVTM secara rasmi mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama untuk melantik AJK tetap secara dwi tahunan. Persatuan secara rasmi pada 1 Febrauri 2008 telah melantik Yg. Bhg. Dato’Hj. Yusoff Bin Harun sebagai penasihat PGVTM .