Profil PGVTM

Pengenalan

Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik Malaysia telah ditubuhkan pada 27 April,2006 di Hotel Emperor , Melaka.

Idea penubuhan persatuan ini datangnya daripada mesyuarat ketua-ketua bengkel Zon Tengah dan Zon Selatan yang dihadiri oleh seramai 113 ketua bengkel.

Tujuan mengujudkan persatuan ini semata-mata bertujuan mewakili semua guru di kolej vokasional,SM  Teknik , pegawai vokasional di KPM (BPTV, LPM, JPN ,PPD DLL bahagian).

Sebelum ini tiada satu pun persatuan guru yang dapat mewakili atau memperjuangkan kebajikan guru-guru di SMV/SMT, walau pun ramai guru vokasional dan teknik yang telah menjadi ahli kepada persatuan dan kesatuan tersebut.

Dengan adanya persatuan ini, semua isu kebajikan guru dan sistem pendidikan vokasional akan dapat perjuangkan dan disampaikan kepada pihak atasan dengan lebih berkesan.

Peranan utamanya adalah menjadi wakil suara ahli-ahli persatuan dalam menyampaikan segala isu dan pandangan daripada ahli ahli kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif

  • Menjadi wakil tunggal dan menyatukan semua guru Vokasional dan Teknik seluruh Malaysia di bawah PGGVTM,
  • Mempertahankan dan memperkasa kebajikan ahli-ahli PGGVTM.
  • Menjadi perantara atau orang tengah dengan pihak atasan di KPM khasnya BPTV
  • Melaksanakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan dan meningkatkan profesionalisma guru .
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan  Malaysia dalam meningkatkan prestasi pendidikan vokasional dan teknik

VISI

Peneraju Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik yang unggul.

MISI

 Memperkasa pendidikan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti dan memberi menfaat kepada ahli- ahli.

Alamat

Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik Malaysia
No Pendaftaran : PPM-005-10-22052015
d/a Pusat Penyelenggaraan Alat (PPA)
Bahgian Pendidikan Teknik Dan Vokasional,
KM 22 Jalan Kuala Selangor, Seksyen U20 Sg.Pelong,
47000 Sungai Buloh, Selangor.