Peranan PGVTM

  1. Memperjuang dan memastikan kebajikan guru-guru vokasional dan teknik tidak diabaikan oleh pihak KPM, khasnya BPTV.
  1. Berusaha menyediakan prasarana kebajikan guru-guru vokasional dan teknik seperti tabung kebajikan, insuran yang sesuai dan lain-lain
  1. Membela dan mempertahankan profesion perguruan vokasional dan teknik seiring dengan program transformasi pendidikan vokasional.
  1. Bekerjasama dengan pihak BPTV melaksanakan program transformasi dengan memastikan peranan, tanggungjawab dan beban tugas guru diperhalusi dan diberi perhatian sewajarnya.
  1. Menjadi “think tank” kepada BPTV supaya dalam setiap perlaksanaan program atau perubahan akan mengutamakan pendidikan vokasional dan kebajikan guru.
  1. Membantu guru-guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan menganjurkan kursus-kursus atau seminar serta mendekatkan dengan agensi-agensi  penyedia latihan kemahiran.
  1. Mendekatkan guru-guru dengan sistem kemahiran Malaysia  serta menggalakan  dan membantu pendaftaran dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
  1. Menganjurkan aktiviti secara bersendirian atau kerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta yang dapat meningkatkan martabat dan profesionalisme perguruan vokasional dan teknik.
  1. Berusaha menyediakan bantuan dan khidmat nasihat yang betul dan cekap kepada ahli yang memerlukan.
  1. Sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak BPTV untuk memastikan guru-guru dapat bertugas dengan aman, selesa dan tenang.
  1. PGVTM sentiasa komited dan bertanggungjawab mempertahankan sistem pendidikan vokasional, elaun kritikal, perkhidmatan laluan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara berkaitan.