Assalamulaikum tuan/puan….

Pada masa ini PGVTM tidak mengupah mana-mana pihak untuk mencari keahlian. Untuk makluman yang sebenar, PGVTM dengan kerjasama MCIS telah membuat skim perlindungan insuran berasaskan syariah untuk guru-guru kolej vokasional. Sekarang ini, wakil MCIS yang PGVTM lantik sedang bergerak seluruh Malaysia ke semua kolej vokasional untuk mempromosikan skim ini. Tiada paksaan untuk cikgu membeli insuran tersebut, tetapi cikgu yang belum jadi ahli tapi ingin membeli skim tersebut kenalah menjadi ahli PGVTM terlebih dahulu. Disitulah timbulnya isu promosi menjadi ahli PGVTM. PGVTM tidak membayar upah apa-apapun, cuma persatuan akan dapat % seperti yang dipersetujui sebagai menambah dana persatuan. Skim yang dibawa oleh wakil MCIS adalah atas permintaan PGVTM.

Isu yang mengatakan “AJK sendiri yang perlu hadir untuk promosi tersebut”, tuan/puan perlu ingat AJK PGVTM juga seorang guru kolej vokasional yang perlu melaksanakan tugas di kolej, tidak sewenang-wenangnya keluar merata-rata untuk membuat promosi dengan meninggalkan tugas hakiki.

Isu mereka, bahawa wakil MCIS yang membantu promosi keahlian PGVTM akan merosakkan nama PGVTM dan berniat tidak baik adalah tidak benar.

Mohon wakil PGVTM dapat membantu dan memberi kerjasama tetapi mesti peraturan kolej vokasional atau kebenaran pengarah kolej masing-masing. Tolong sebarkan kepada semua ahli.

Terima kasih.

S/U Agung PGVTM.