BIL ISU/PERKARA JUSTIFIKASI
1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal kepada P.P.P. bidang kejuruteraan YANG DITARIK KELAYAKAN mulai 10 SEPTEMBER 2014. Guru guru tersebut menerima bayaran insentif perkhidmatan kritikal mengikut :

1.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 berkuatakuasa Januari 2008

2.Surat Pekeliling Perkhidmatan K.P.M. Bilangan 1 Tahun 2009.

OLEH KERANA
Surat pekeliling perkhidmatan  yang dikeluarkan oleh BPTV Ruj: KP.BPTV/500-17/8 Jilid 16(23menyebabkan ramai guru di kolej vokasional tidak layak menerima elaun kritikal kerana tidak memenuhi perkara 9.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

Maksudnya: Guru di Sekolah Menengah mengajar sekurangnya 15
waktu seminggu(15X40 = 600 minit) layak menerima elaun kritikal.

Manakala Guru Di Kolej Vokasional perlu mengajar 15 x 60 = 900 minit baru layak menerima elaun kritikal.

Oleh sebab itu semua guru di kolej vokasional yang mengajar kurang dari 900 minit TIDAK LAYAK MENERIMA ELAUN KRITIKAL.

INI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KERANA GURU-GURU DI KOLEJ
VOKASIONAL SEMEMANGNYA MENERIMA ELAUN KRITIKAL INI SEMASA NAMANYA SEK.MEN.VOKASIONAL ATAU SEK.MEN.TEKNIK.

SEMPENA HARI GURU 2016 MOHON PIHAK KPM ‘Convert’ 600 minit kepada 10 jam di Kolej Vokasional.

Ini adalah kerana Guru di Kolej Vokasional masih di jawatan P.P.P bergred DG dan Kolej Vokasional tertakluk kepada Akta Sekolah.

DI KOLEJ VOKASIONAL 1 WAKTU ADALAH BERSAMAAN 1 JAM, bukannya 40 minit spt disekolah biasa.

2. Bayaran Insentif Perkhidmatan kritikal juga perlu dipanjangkan kepada semua guru vokasional di KV Pertanian, KV ERT , KV Perdagangan, Guru-Guru PAV / MPV di SMK dan SM Vokasional Khas. Semua guru vokasional di KV Pertanian , ERT , Perdagangan
dan guru PAVjuga perlu mempunyai sijil Kemahiran (SKM) sama seperti KV Pertukangan. Risiko dan tanggungjawab mereka sama dan sepatutnya juga berhak di bayar elaun kritikal.MOHON PIHAK KPM, SEMPENA HARI GURU 2016 INI MENGUBAH ASAS PEMBERIAN ELAUN KRITIKAL KEPADA GURU-GURU KV , SELAIN
ELEMEN KEJURUTERAAN ,JUGA BERDASARKAN KEPADA SIJIL
KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM TAHAP 1, 2,3, Diploma Kemahiran Tahap 4 & Diploma Lanjutan Kemahiran Tahap 5) yang dijadikan syarat guru-guru mengajar di KV.PEMBERIAN ELAUN KRITIKAL KEPADA SEMUA GURU KV BERASASKAN SIJIL/ DIPLOMA KEMAHIRAN SEBAGAI SALAH SATU ELEMEN TRANFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL.