TEMPAT : BILIK MESYUARAT ARAS 6, BPTV
TARIKH : 24.6.2015

ISU-ISU KOLEJ VOKASIONAL

KURIKULUM

  1. Modul Insaniah – Pihak pengurusan (TPA) masih tidak faham, modul ini sepatutnya diajar oleh guru akademik. Bila guru vokasional yang mengajar akan menjejaskan waktu mngajar subjek vokasional ( terkesan kepada elaun kritikal)  – Guru yang mengajar insaniah akan dikurangkan subjek vokasional.
  1. Waktu pembelajaran terlalu pendek dalam sistem semester menyebabkan tahap kemahiran pelajar tidak tercapai dan memenuhi kehendak KSKV/NOSS .
  1. Menentu dan mengesahkan halatuju pelajar KV selepas tamat pengajian dengan mengeluarkan brouser atau pamphlet untuk diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga.
  1. Menjelaskan taraf serta kelebihan Sijil Vokasional (SVM) dan Diploma KV (DVM) yang dikeluarkan, terutama peluang pekerjaan di sektor awam.
  1. Meminta pihak universiti teknikal mengujudkan program khas yang bersesuai dengan DVM di universiti masing-masing ( contohnya : Ijazah Teknologi atau Ijazah Kemahiran ) tanpa pelajar melalui proses “bridging” sebagaimana yang di war-warkan sekarang.Program sedia ada diuniversiti teknikal sekarang tidak sesuai dengan tahap dan bidang pelajar KV.
  1. Memohon peruntukan elaun dan baucer buku untuk pelajar diploma dengan menggunakan justifikasi ILKA yang lain.
  1. Meminta pihak kolej melaksanakan waktu anjal tanpa mengurangkan jumlah jam bekerja dan membolehkan guru mengajar diluar waktu rasmi, seperti waktu malam atau hujung minggu.
  1. Mengubah suai perlaksanaan pembelajaran dan pentaksiran program pra-diploma, kerana system sekarang terlalu singkat menyebabkan tahap kemahiran pelajar tidak tercapai sepenuhnya.8.1. Ubah pentaksiran dari setiap semester kepada tahunan, ini bermakna pelajar akan belajar dalam sistem semester tetapi pentaksiran akhir hanya dilaksanakan pada hujung tahun sahaja.8.2. Pelajar pra-diploma tetap ditafsir atau dinilai secara berterusan (PB).8.3. Ia akan memberi ruang yang lebih untuk guru menyelesaikan semua kompetensi dengan berkualiti.8.4. Beban LPM dan panel pembina ujian akan dapat dikurangkan kerana penilaian akhir setahun sekali sahaja.
  1. Bagaimanakah kaedah melaksanakan atau menguruskan pelajar yang tidak layak mengambil DVM dan apakah kolabrasi yang telah dilaksanakan antara BPTV dan JPK. Benarkah JPK telah bersetuju atau meluluskan BPTV menjalankan program “single tier” untuk pelajar DVM mendapat DKM.
  1. Pihak KV mesti meluaskan perkhidmatan Wifi Percuma diseluruh permis kolej supaya pelajar dapat mengakses maklumat dengan mudah. Perkhidmatan YES sekarang amat terhad dan hanya gurun tertentu sahaja diberi keistimewaan. Pusat akses pelajar tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai.

PERJAWATAN/ KEBAJIKAN GURU

  1. Lantikan post ketua bengkel diluaskan kepada gred DG41 /DG42/ DG44 kerana banyak KV sudah ataun tiada guru gred DG38 kebawah.Mengekalkan jawatan Ketua Bengkel, sekiranya penyandang telah bersara atau bertukar ke gred ijazah, kerana tugasan ketua bengkel tidak akan mampu ditanggung oleh Ketua Unit.Skop tugas Ketua Bengkel dan Ketua Unit adalah berbeza.
  1. Mengubah dasar pemberian elaun kritikal kepada guru KV berasaskan kepada tahap sijil kemahiran yang dimiliki guru ( sekarang ini pemberian elaun kritikal berasakan Tukang Kadar )Pemberian elaun kritikal di ILKA tidak berasaskan kepada tukang kadar, sedangkan tugasan dan beban guru KV lagi berat dan mencabar berbanding pengajar di ILKA.
  1. Mengurangkan beban guru: Pihak pengurusan KV mesti mengurangkan aktiviti-aktiviti sampingan dan tidak penting supaya kualiti latihan kemahiran dapat ditingkatkan. Pihak KV sepatutnya serius menumpukan bidang yang berkaitan dengan industri seperti 5S, OSHA, Pertandingan Johan Kemahiran, KAT dan sebagainya.Contoh : Mengecilkan jumlah persatuan, sukan dan uniform supaya tenaga guru dapat diimbangi. Bidang tugas-tugas khas juga harus dikecilkan atau digabungkan.
  1. Mengurangkan beban tugas TPSA dan mengujudkan jawatan pentadbiran baru sebagaimana asal dahulu.
  1. Mengujudkan skim penjawatan lebih baik dan menarik serta meliputi semua gred di BPTV untuk menarik minat guru-guru berkhidmat di Putrajaya. Keperluan pegawai meja  setiap subjek atau bidang di BPTV juga harus dipertimbangkan.
  1. Menjelaskan kedudukan BPTV setelah akta kolej vokasional diluluskan parlimen.

LATIHAN GURU

  1. Menambah peruntukan ULKS, bagi memberi peluang guru-guru yang tidak berkesempatan mengikut kursus khas SKM Tahap 4/5 melaksanakan proses PPT secara persendirian kerana kos pembangunan projek adalah agak mahal.
  1. Mengatasi segera kekurangan tenaga pengajar berkemahiran. Dalam perancangan dahulu BPTV@KPM bercadang untuk menawarkan jawatan pengajar dari pakar atau individu di dalam industri yang mempunyai kemahiran yang diperlukan.
  1. BPTV harus melantik panel bebas untuk menjalakan kajian keberkesanan latihan kemahiran yang dilaksanakan di KV sekarang, kerana majoriti guru-guru sendiri sangsi dengan tahap kemahiran pelajar jika BPTV meneruskan sistem ini.

PERUNTUKAN PCG

  1. Mempercepatkan permohonan PCG baru yang telah dirancang oleh BPTV kerana jumlah pcg sementara sekarang masih tidak mencukupi.
  1. Meluaskan juga penggunaan PCG kepada program peningkatan kemahiran pelajar diluar kolej yang meliputi kos latihan, penginapan, makanan dan lain-lain. Walaupun di KV ada vot atau peruntukan berkaitan ia tidak mencukupi.Contohnya : Pada masa sekarang, pelajar pemesinan industri perlu dibawa keluar untuk menjalankan latihan ILKA atau ILKS atau Universiti memerlukan perbelanjaan yan tinggi terutama jika jarak antara KV dan ILKA itu terlalu jauh dan memerlukan pelajar menginap.