Persatuan Guru-Guru Vokasional & Teknik Malaysia

Peranan

  1. Memperjuang dan memastikan kebajikan guru-guru vokasional dan teknik tidak diabaikan oleh pihak KPM , khas nya BPTV.
  1. Berusaha menyediakan prasarana kebajikan guru-guru vokasional dan teknik seperti tabung kebajikan, insuran yang sesuai dan lain-lain
  1. Membela dan mempertahankan profesion perguruan vokasional dan teknik seiring dengan program transformasi pendidikan vokasional.
  1. Bekerjasama dengan pihak BPTV melaksanakan program transformasi dengan memastikan peranan, tanggungjawab dan beban tugas guru diperhalusi dan diberi perhatian sewajarnya.
  1. Menjadi “think tank” kepada BPTV supaya dalam setiap perlaksanaan program atau perubahan akan mengutamakan pendidikan vokasional dan kebajikan guru.

Baca lanjut »

Pembayaran Yuran Melalui Biro Angkasa

Berdasarkan mandat yang diberikan oleh ahli pada setiap kali Mesyuarat Agung, pembayaran yuran secara pemotongan gaji melalui Biro Angkasa mula dilakukan mulai Sep- tember 2015 bagi memudahkan kutipan yuran. Ahli-ahli boleh menyemak potongan gaji melalui slip gaji atau terus menghubungi bendahari/setiausaha.

Terdapat sebilangan kecil ahli yang tidak dapat dilakukan pemotongan melalui biro angkasa kerana ahli yang berkenaan tidak pernah menggunakan khidmat biro angkasa. Ahli yang berkenaan akan dihubungi bagi mengisi borang yang berkenaan.

Pembayaran yuran secara potongan gaji bulanan perlu dilakukan kerana kaedah kutipan secara manual melalui wakil persatuan sukar dilakukan yang menyebabkan jumlah yuran tertunggak melebihi RM100,000.00 yang menyebabkan aktiviti persatuan tergendala. Sebagai contoh, per- belanjaan untuk satu mesyuarat agung kadangkala melebihi kutipan tahunan. Adakalanya AJK menggunakan wang peribadi untuk menjayakan mesyuarat agung ini.

Penubuhan Koperasi PGVTM

Bagi menambahkan sumber pendapatan, AJK bersetuju untuk menubuhkan Koperasi PGVTM. Objektif utama penubuhan Koperasi PGVTM ialah untuk:

  • Meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan para anggota koperasi.
  • Melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi yang akan memberi munafaat kepada anggota koperasi. Dividen akan dibayar kepada anggota bergantung kepada prestasi tahunan koperasi. Anggota juga dapat menikmati harga barangan yang lebih murah daripada pasaran di kedai- kedai koperasi.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelbagai bentuk pinjaman, takaful/insurans dan tabung khairat kematian anggota.
  • Menyediakan kemudahan menabung serta menggalakkan sikap berjimat- cermat dikalangan ahli.

Sehubungan dengan itu, PGVTM telah menubuhkan AJK Penaja untuk men- jayakan penubuhan koperasi ini.

Cadangan Penambahbaikan Elaun Kritikal

Isu Elaun Kritikal merupakan satu isu yang selalu dibangkitkan. Elaun Kritikal yang sedia ada kini telah ditarik balik bagi guru-guru yang tidak memiliki sijil perguruan / Diploma / Ijazah dari bidang ketukangan atau kejuruteraan. Acapkali juga pihak berkenaan bermain tarik tali dengan guru-guru yang terlibat apabila definisi kritikal ditafsirkan secara berbeza-beza berdasarkan pekeliling yang sedia ada.

Pada masa ini hanya guru-guru ketukangan dari dan kejuruteraan dari Kolej Vokasional dan beberapa buah SMT dan SMK yang menerima elaun ini. Untuk menambahbaik pemberian Elaun Kritikal ini, BPTV bersama-sama PGVTM telah merangka satu kertas kerja supaya elaun ini diperluaskan kepada semua PPP yang mengajar di KV, SMT dan SMK. PPP ini mestilah mengajar subjek vokasional yang meliputi bidang ketukangan, kejuruteraan, pertanian, perdagangan mahupun hospitality.

PPP yang tidak berada di sekolah tetapi menggunakan kepakaran untuk men- jalankan tugas harian juga seharusnya layak menerima elaun ini. PPP ini mungkin bertugas di BPTV, LP, BPK, PPA mahu pun di PPD/JPN. Elaun Kritikal ini juga dicadangkan untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan supaya lebih ramai PPP ketukangan/kejuruteraan berminat untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Memiliki VTO adalah syarat utama untuk melayakkan PPP menerima elaun ini. Walau bagaimana pun peratusan elaun yang adalah berdasarkan tahap SKM manakala pihak pengurusan akan dinilai berdasarkan VTE/VTM.

Sehubungan dengan itu persatuan berharap agar PPP dapat berusaha untuk meningkatkan kemahiran melalui pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan semoga usaha kita ini dipermudahkan Allah s.w.t.